Sunday, 25 December 2011

Minggu 14

Assalamualikum dan salam perpaduan,

Minggu ini adalah minggu terakhir kami menghadiri kelas pada semester ini tetapi pada minggu hadapan kami perlu datang kelas lagi untuk membentangkan hasil tugasan kami di depan pensyarah. Pada minggu ini kami telah mempelajari cara-cara untuk membuat database. 

Database

Melalui database kami perlu memasukkan data-data pelajar seperti :

  1. Maklumat Pelajar
  2. Maklumat Ibu Bapa
  3. Kurikulum
  4. Ko-kurikulum

 *Macam biasa openpffice  dibuka tapi kali ini kita memilih database;

 *klik Next
 *klik Finish


 *untuk create table untuk dimasukkan data-data pelajar seperti yang dibagitahu di atas,  selepas klik create table in design view, kita akan masukkan maklumat apa yang patut dan pada setiap no-matrik klik kanan dan buat primary key. Setiap table perlu dilakukan primary key.





*setelah selesai buat table kita perlu membuat realtionship diantara satu sama lain. Cara membuatnya ialah klik Tools -> Relationship

*contoh relationship yang dibuat



*seterusnya diteruskan untuk membuat form , queries dan report.  Form -> Use Wizard to Create Table (Maklumat-maklumat pelajar dimasukkan satu persatu ) Contoh form ialah :

*Queries ->Use Wizard to Create Table -> Fields in the query -> Next -> Finish. Contoh query


*Report -> Use Wizard to Create Report -> Table or Query -> Available Fields -> Fields in Report -> Next -> Finish.

 SELESAI...

Friday, 16 December 2011

Minggu13

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Belanjawan
Minggu ke-13 kami mempelajari tentang mempelajari bagaimana untuk membuat belanjawan. Belanjawan yang akan kami lakukan pada minggu ini adalah menggunakan spreadsheet. Spreadsheet adalah lembaran kerja yang bertindak sebagai mesin kira-kira. Kita boleh menggunakannya untuk membuat apa-apa kira-kira yang berkaitan. Kita menggunakan openoffice calc fungsinya lebih kurang dengan microsoft excel.



 Cara-cara menggunakan openoffice calc :

  1. Buka openoffice dan pilih Spreadsheet dan openoffice calc akan muncul.
  2. Masukkan data seperti tarikh, jenis perbelanjaan contohnya makan, pakaian, komunikasi, pengangkutan, bahan pembelajaran, kesihatan dan sebagainya.
  3. Seterusnya masukkan jumlah perbelanjaan di dalam  belanjawan, jangan lupa selaraskan titik perpuluhan ( Number Format : Add Decimal Place ).
  4. Kita perlu memasukkan formula untuk mengira perbelanjaan tersebut. Klik "sum" masukkan formula b2+c2+d2+e2+f2+g2 -> enter dan pengiraan akan terjadi secara automatik.
  5. Untuk mengira baki yang tinggal kita perlu memasukkan formula. 
  6. Jumlah masuk perlu ditolak dengan jumlah belanja dan baki akan keluar secara automatik.
  7. Bagi bulan-bulan yang seterusnya saya copy dan paste, cuma tukar jumlah perbelanjaan sahaja kerana formula telah sedia ada.
  8. Belanjawan dibuat dari bulan Januari sehingga bulan Disember.

Markah Pelajar

Markah pelajar dibuat melalui microsoft excel. Kami perlu tahu bagaimana hendak mengira markah pelajar untuk senang kami mengira markah pelajar di kemudian hari. Kami perlu memasukkan maklumat pelajar dan subjek terlebih dahulu. Untuk mengira Average, Minimum, Maximum dan Standard Deviation bagi setiap subjek dan pelajar ialah :

Langkah 1 : Klik formula -> Insert Function ->
=AVERAGE(Highlight markah pelajar dari atas sampai bawah) -> enter. Untuk Minimum, Maximum dan Standard Deviaotion pun dilakukan langkah yang sama sampailah habis.


dan  hasilnya adalah seperti berikut :





*Untuk menyusun markah yang paling banyak dari atas sampai ke bawah boleh menggunakan formula sort dan kita tidak perlu menyusun satu persatu. Kita hanya klik formula dan secara automatik akan disusun dengan jayanya.

 *untuk membuat graf,  jadual untuk membuat graf perlu dihighlight terlebih dahulu selepas itu, klik Insert -> Column -> dan pilih design yang diinginkan -> graf akan terhasil


Setelah graf terhasil maka siaplah tugasan untuk markah pelajar tersebut.





Saturday, 10 December 2011

Minggu 11 & 12

Pada kali ini, kami telah ditugaskan untuk membuat tugasan dalam power point dan impress mengenai tugasan kami yang lepas-lepas.

Pembentangan Berkesan

Berucap dikhalayak ramai merupakan perkara yang menakutkan bagi orang ramai. Begitu juga dengan kita, untuk bercakap di depan khalayak ramai kita perlu mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam untuk disampaikan kepada orang lain. Senang cakap kita harus berpengetahuan luas dalam apa jua sekalipun. Pelbagai teknik, kaedah atau strategi yang baik telah banyak diajar dimana-mana sekarang untuk melahirkan seseorang yang tidak gentar untuk bersuara dalam apa jua sekalipun.

Kaedah untuk memberi hasil pembentangan yang baik :

  1. Perbaiki diri dan membina kekuatan diri
  2. Jangan mudah takut.
  3. Hadapi ketakutan dengan tenang.
  4. Jangan bongkak, tanamkan sifat rendah diri.
  5. Brainstorming tajuk yang bakal anda bentangkan dan muhasabah diri.
  6. Selitkan modul permainan, aktiviti dan alunan muzik untuk membuatkan perbentangan menjadi lebih baik.
  7. Memahami protokol dalam ucapan.
  8. Buktikan anda sedia membentangkan idea anda dengan bijak dan kritis.
  9. Beri suntikan semangat kepada audiens dengan jujur, ikhlas dan tulus.

OPENOFFICE IMPRESS

Melalui impress saya membuat persembahan mengenai mini research yang telah kami lakukan di minggu-minggu yang lepas. Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai OpenOffice Impress. Openoffice impress ialah lebih kurang seperti Microsoft Power Point cuma perisian sahaja yang berbeza. OpenOffice jarang digunakan dalam kalangan masyarakat sekarang kerana kurang pendedahan tentang kewujudannya.

Cara-cara menggunakan impress :

*Mula-mula anda perlu buka perisian openoffice dan klik presentation. Presentation adalah impress.


*Kita boleh pilih apa yang kita mahukan untuk memulakan sesuatu slide. Kebiasaanya saya lebih gemar memilih "empty presentation". Klik Next sekiranya tidak ada apa-apa masalah.


*Seterusnya, kita boleh memilih tema yang diinginkan dan klik next


*Peralihan slide atau slide transition. Klik "create" setelah setelah memilih tema, (p/s : tema boleh dipilih atau ditukar ketika menghasilkan slide.) boleh mengabaikan untuk fasa ini.


*Kita boleh memilih master layout yang macamana kita perlukan. Penggunaan impress adalah lebih kurang dengan penggunaan power point. Impress juga boleh memasukkan pelbagai animasi, video, bunyi dan lain-lain mengikut sesuai dan apa yang diperlukan. Penggunaan Impress tidak kurang hebatnya dan seronok digunakan, kita perlu teroka dengan lebih mendalam dan biasakan diri untuk menggunakannya.


*Contoh slide yang telah kami siapkan untuk perbentangan. Kami membuat peta minda dan menggunakan warna-warna yang menarik untuk menarik minat pendengar.


Power Point

Kita boleh menggunakan power point untuk membantu kita dalam membentangkan tugasan. Begitu juga dengan kami membuat perbentangan menggunakan power point. Di dalam perbentangan nanti kami perlu memasukkan elemen-elemen seperti video (Windows Movie Maker), grafik / imej ( edit melalui Paint ), animasi (edit melalui GIMP ), audio ( rakaman suara melalui Audacity ).

Saya juga telah mempelajari dengan lebih lanjut mengenai bagaimana ingin memasukkan pelbagai grafik di dalam power point. Pasangan saya banyak membantu saya untuk membuatkan persembahan menjadi lebih menarik.

Di dalam power point tersebut kami telah meletakkan elemen-elemen seperti :

Windows Movie Maker

WMM boleh membuatkan sesuatu animasi menjadi lebih menarik untuk ditonton sekiranya kita menggunakan cara yang betul untuk menggunakannya. Pelbagai effect dan gaya yang boleh dipilih mengikut kesesuaian persembahan yang dikehendaki. Bahan untuk menghasilkan video LMS telah diambil dari sumber yang terdahulu dan melalui internet.
*Untuk memulakan kita boleh "capture Video" dan boleh pilih samada ingin "capture video device, import video, import pictures or import audio or music". Seterusnya dengan gambar-gambar dan audio yang dipilih akan menghasilkan satu video yang menarik. Setelah memilih gambar atau sebagainya jangan lupa tekan "import" disebelah kanan.
*Seterusnya tarik gambar-gambar dan masukkan di dalam kotak dibawah. Audio juga boleh ditarik dan dimasukkan di tempat audio. Kita boleh memotong atau midley kan audio mengikut kemahuan kita.
*Seterusnya kita akan mendapat hasil yang memuaskan. Dibawah adalah hasil video yang telah dibuat. Penggunaan audio yang sesuai kesan yang baik dan seronok ditonton. *Selamat menonton.



Paint

Melalui paint kita boleh melukis gambar atau edit gambar menjadi lebih menarik. Kita perlu kreatif untuk menghasilkan sesuatu untuk nampak menarik untuk dilihat.




Audacity

Audacity boleh di download melalui internet. Fungsi audacity adalah kita boleh potong, ubah sesuatu audio mengiku kesesuaian yang kita mahukan. Kita boleh membuat sesuatu lagu tersebut berbeza dari yang lain.

*Paparan yang pertama.

*Untuk memilih lagu klik File -> Open. Pilih lagu yang anda mahukan.


*Selepas lagu dipilih, lagu akan diimport di dalam board.


 *Kita boleh Cut lagu tersebut mengikut yang dimahukan.


*Kita juga boleh mengubah nada sesuatu lagu.

*Nada telah diubah.


*Untuk save. Klik pada File -> Export



-> pilih Other Uncompressed Files -> Save -> Ok


Friday, 2 December 2011

Minggu 9 & 10

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada minggu ini, kami telah ditugaskan untuk membuat risalah dan buku kecil yang berkaitan dengan tugasan kami yang lepas iaitu web 2.0 dalam pembelajaran. Kami perlu menggunakan kreativiti kami untuk menghasilkan risalah dan buku kecil yang menarik untuk menarik minat pembaca untuk membaca. Selain itu kami perlu mempelajari 2D Graphic Editing Software, jenis grafik imej bitmap dan vektor, format fail imej ; JPEG, GIFF, TIFF, BMP, PNG, WMF, warna RGB dan CYMK, dan perisiannya.

Grafik Bitmap
  • Bitmap dikenali sebagai imej raster yang dibina melalui piksel / bit iaitu terdiri daripada satu susunan titik-titik.
  • Untuk menyimpan saiz fail atau ruang storan adalah sangat besar kerana grafik jenis ini disimpan dalam bentuk bit.
  • Menukar saiz atau skala sesebuah imej bitmap hanyalah sebenarnya merupakan proses memaparkan piksel imej yang semakin dibesar atau dikecilkan. Imej yang terhasil adalah dari proses pengecilan dan pembesaran saiz ini biasanya akan kelihatan kabur, bergerigi dan tidak begitu menarik perhatian.
  • Semakin tinggi nilai piksel sesebuah imej bagi satu unit lokasi semakin baik resolusi dan semakin jelas sesebuah imej tersebut.
  • Pengimbas imej (Scanner) merupakan antara perkakasan yang boleh digunakan bagi memperolehi imej jenis bitmap.
     
    Grafik Vektor
    • Vektor dikenali sebagai imej jenis lukisan / imej berasaskan objek yang dibina daripada koleksi objek seperti garisan lurus, garisan bujur dan garisan kotak.
    • Saiz fail atau ruang storan yang diperlukan adalah kecil, ini kerana grafik jenis ini disimpan berdasarkan set-set arahan komputer atau lakaran pada komputer.
    • Imej ini mat sesuai digunakan bagi tujuan menyimpan fail-fail grafik berkomputer dalam bentuk Clip Art yang kemudiannya digunakan serta dipasarkan secara komersial dengan meluasnya. Ia sering digunakan terutamanya dalam bidang teknikal seperti CAD/CAM (Computer Aided Design / Manufacture), senireka, senibina, permodelan saintifik, dan sebagainya. Semua bidang ini memerlukan keupayaan bagi proses memanipulasikan imej seperti memindah, memadam, menukar saiz, membuat salinan dan lain-lain.
    Contoh perbezaan imej bitmap dan vektor :


    Format Fail Grafik


    JPEG ( Joint Photographic Expert Group ) 
    - Fail berformat ini digunakan untuk menyimpan fail bagi gambar yang sebenar. Ini adalah kerana JPEG mampu mengendalikan imej-imej yang mempunyai kedalaman warna yang tinggi ( sehingga 16.7 juta warna ) tetapi dalam masa yang sama ianya tidak memerlukan ruang storan yang terlalu besar.
     
    GIFF ( Graphic Interchange Format )
    - Format GIFF selalunya digunakan untuk menyimpan grafik asas seperti ikon, butang, garisan atau imej-imej yang berbentuk kartun. Format GIFF menggunakan format grafik 8 bit ia mampu memaparkan imej sehingga 256 warna yang berbeza. Ini membolehkan satu fail yang kecil dihasilkan dan ini merupakan antara faktor kenapa imej berformat GIFF sering digunakan bagi tujuan pindah terima menerusi talian internet.

    TIFF ( Tagged Image File Format )
    - Digunakan bagi tujuan menyimpan fail imej yang dihasilkan oleh scanner (Pengimbas imej ), frame grabber ataupun perisian--perisian grafik. Kini ia merupakan format fail grafik yang serbaguna dan diterima secara meluas untuk mengubahsuaian bagi imej-imej warna, hitam, putih dan sebagainya.

    WMF ( Windows Metafile Format )
    - Format ini digunakan bersama-sama dengan sistem pengoperasian Microsoft Windows dan sering digunakan bagi menyimpan imej jenis vektor terutamanya "clipart". Imej yang mempunyai jenis format ini jarang digunakan kerana tidak banyak sistem komputer perisian yang menyokong format jenis fail ini.

    BROCHURE


    Brochure adalah juga dikenali sebagai pamplet, pada kali ini kami diamanahkan untuk menghasilkan risalah dalam bentuk brochure. Saya dan rakan telah menggunakan microsoft publisher untuk menghasilkan brochure, di bawah adalah contoh brochure yang telah kami create :

    **inilah hasil saya dan rakan.

    Cara-cara menghasilkan brochure :
    1. Klik Microsoft Peblisher
    2. Pilih Publication Types - Brochure
    3. Seterusnya, pilih jenis design yang anda mahu
    4. Anda boleh letak apa-apa sahaja maklumat yang diperlukan mengikut kesesuaian perkara yang mahu dilakukan dan mencipta brochure yang cantik dan menarik kreativiti masing-masing.
    BOOKLET

    Booklet atau dipanggil buku kecil merupakan satu pelajaran baru yang diperolehi pada kali ini,kerana saya tidak pernah menggunakan booklet sebelum ini dan tidak pernah didedahkan. Banyak perkara yang dapat saya pelajari melalui kelas Komputer Dalam Pendidikan ini. Booklet dibawah adalah hasil saya dan rakan :

    Cara-cara menghasilkan booklet :
    1. Mula-mula tekan page layout, dan di hujung kotak tersebut ada tanda arrow kecil, dan tekan di hujung arrow tersebut.
    2. Page Setup akan terpapar di skrin, pilih margins dan pilih di multiple pages - Book fold dan di sheet for booklet terpulang berapa page kita mahukan.
    3. Untuk memilih cover page lak, pergi ke insert dan klik di cover page dan anda boleh pilih yang mana anda berkenan. Cover page kami telah diedit menggunakan perisian GIMP dan paint.
    4. Anda boleh menaip pada booklet anda dan mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan.
    **Done..

    Tuesday, 22 November 2011

    Minggu 7 & 8

    Statistical Package for the Social Sciences (SPSS)



    Tugasan pada kali ini adalah untuk menganalis maklumat yang telah dikumpul melalui soal selidik secara manual dan secara talian yang telah dilakukan. Segala maklumat akan di 'transfer' ke dalam perisian ini untuk mengumpul dan membaca data. Responden secara manual adalah seramai 10 orang manakala secara talian adalah bergantung kepada jumlah responden yang telah memberi maklum balas. Data-data akan dimasukkan ke dalam sistem untuk mengklasifikasikan mengikut kategori. Selepas itu, graf untuk setiap kategori akan terbentuk mengikut maklumat yang telah dimasukkan.

    Setelah siap membuat kajian, kami perlu menulis mini research untuk kajian yang telah kami lakukan. Kami menulis menggunakan openoffice. Di dalam laporan tersebut kami harus masukkan item-item seperti :

    Abstrak Kajian - Dimana kita menghuraikan dan memperjelaskan situasi tentang kajian yang dilakukan.

    Pengenalan - Pengenalan ataupun pendahuluan kepada kajian.

    Kajian Keseluruhan - Pendapat orang ramai tentang kajian yang dilakukan merujuk kepada jurnal-jurnal.

    Metalogi Kajian - Memberitahu tentang langkah-langkah tang telah dilakukan sepanjang membuat kajian.

    Pendapatan Kajian - Menghuraikan graf.

    Perbincangan - Perbincangan yang dilakukan samada di facebook group atau dimana-mana yang boleh dibuat sebagai rujukan.

    Kesimpulan - Menjelaskan dan membuat kesimpulan terperinci yang berkaitan kajian.

    **Setelah siap menulis mini research ini, kami memuat turun ke dalam yahoo groups dan di masukkan di dalam folder masing-masing.





    Monday, 21 November 2011

    Minggu 6- (Kelas 5)

    SOAL SELIDIK DALAM TALIAN

    Pada kali ini saya mempelajari tentang bagaimana untuk menghasilkan borang soal selidik atau lebih dikenali sebagai soalan melalui talian. Saya dan pasangan berbincang secara manual dan secara maya. Perbincangan dilakukan di kolej dan menerusi facebook group ataupun chat. Topik yang perlu kami lakukan masih lagi topik yang sama iaitu Web 2.0 dalam Pembelajaran. Koordinator kursus, Dr. Siti Fatimah telah memberi beberapa panduan untuk membuat kajian tentang soal selidik yang akan kami jalankan seperti :


    Kami perlu menyediakan 10 soalan ringkas yang terdiri daripada tujuan dan objektif pembelajaran. Melalui tujuan dan objektif pembelajaran maka saya dan pasangan telah menyediakan 10 soalan untuk dijadikan sebagai soalan kaji selidik.

    Perkara yang perlu dilakukan untuk mendaftar masuk survey monkey ialah menerusi laman sesawang www.surveymonkey.com Di halaman survey monkey kita boleh membuat soalan untuk dijadikan kajian untuk tugasan yang diberikan.
                                                     

                                            


    Setelah soalan soal selidik telah siap maka kami haruslah meminta rakan-rakan untuk menjawab dan memberi komen terhadap hasil kerja kami.

    soal selidik perlu dimasukkan dalam Google.docs

    add link  borang soal selidik di yahoogroups

    Wednesday, 12 October 2011

    Minggu 5 (Kelas ke-4)

    Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,

    Hari ini 13 Oktober 2011 adalah hari ke-4 kuliah untuk Komputer dalam Pendidikan (GE1155), pada kali ini kami telah belajar macamana nk buat LINK untuk yahoo group.

    1.  Masuk http://groups.yahoo.com/groups/ge1155-2011
    2. Di sebelah kiri cari Links dan klik.
    3. Di sebelah kanan ( Add Folder) - Tulis pengenalan diri anda :
    • Tittle : No Matrik
    • Description : Nama Penuh
        4.   Seterusnya Add Link. Masukkan alamat url seperti :
    • Blog
    • Partner's Blog
    • Facebook
    • Partner's Facebook
    • Facebook Group
    • Partner's Facebook Group
    • Yahoo Group
    • Partner's Yahoo Group
    *SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN -TQ- :) ~~have a nice day~~
       
    JURNAL

    Kami dikehendaki memcari maklumat melalui artikel jurnal UKM, artikel melalui google scholar dan google books yang berkaitan dengan tugasan pertama kami. Selepas mencari dan mengumpul maklumat kami mesti berbincang melalui Facebook group untuk lebih mengetahui dan mendalami kajian di buat bersama pasangan.

    PENGGUNAAN OPENOFFICE

    Untuk memhasilkan laporan kami perlu menaip menerusi openoffice di mana saya perlu download software tersebut terlebih dahulu.