Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Belanjawan
Minggu ke-13 kami mempelajari tentang mempelajari bagaimana untuk membuat belanjawan. Belanjawan yang akan kami lakukan pada minggu ini adalah menggunakan spreadsheet. Spreadsheet adalah lembaran kerja yang bertindak sebagai mesin kira-kira. Kita boleh menggunakannya untuk membuat apa-apa kira-kira yang berkaitan. Kita menggunakan openoffice calc fungsinya lebih kurang dengan microsoft excel.
Cara-cara menggunakan openoffice calc :
- Buka openoffice dan pilih Spreadsheet dan openoffice calc akan muncul.
- Masukkan data seperti tarikh, jenis perbelanjaan contohnya makan, pakaian, komunikasi, pengangkutan, bahan pembelajaran, kesihatan dan sebagainya.
- Seterusnya masukkan jumlah perbelanjaan di dalam belanjawan, jangan lupa selaraskan titik perpuluhan ( Number Format : Add Decimal Place ).
- Kita perlu memasukkan formula untuk mengira perbelanjaan tersebut. Klik "sum" masukkan formula b2+c2+d2+e2+f2+g2 -> enter dan pengiraan akan terjadi secara automatik.
- Untuk mengira baki yang tinggal kita perlu memasukkan formula.
- Jumlah masuk perlu ditolak dengan jumlah belanja dan baki akan keluar secara automatik.
- Bagi bulan-bulan yang seterusnya saya copy dan paste, cuma tukar jumlah perbelanjaan sahaja kerana formula telah sedia ada.
- Belanjawan dibuat dari bulan Januari sehingga bulan Disember.
Markah Pelajar
Markah pelajar dibuat melalui microsoft excel. Kami perlu tahu bagaimana hendak mengira markah pelajar untuk senang kami mengira markah pelajar di kemudian hari. Kami perlu memasukkan maklumat pelajar dan subjek terlebih dahulu. Untuk mengira Average, Minimum, Maximum dan Standard Deviation bagi setiap subjek dan pelajar ialah :
Langkah 1 : Klik formula -> Insert Function ->
=AVERAGE(Highlight markah pelajar dari atas sampai bawah) -> enter. Untuk Minimum, Maximum dan Standard Deviaotion pun dilakukan langkah yang sama sampailah habis.
dan hasilnya adalah seperti berikut :
*Untuk menyusun markah yang paling banyak dari atas sampai ke bawah boleh menggunakan formula sort dan kita tidak perlu menyusun satu persatu. Kita hanya klik formula dan secara automatik akan disusun dengan jayanya.
*untuk membuat graf, jadual untuk membuat graf perlu dihighlight terlebih dahulu selepas itu, klik Insert -> Column -> dan pilih design yang diinginkan -> graf akan terhasil
Setelah graf terhasil maka siaplah tugasan untuk markah pelajar tersebut.
No comments:
Post a Comment