Monday, 21 November 2011

Minggu 6- (Kelas 5)

SOAL SELIDIK DALAM TALIAN

Pada kali ini saya mempelajari tentang bagaimana untuk menghasilkan borang soal selidik atau lebih dikenali sebagai soalan melalui talian. Saya dan pasangan berbincang secara manual dan secara maya. Perbincangan dilakukan di kolej dan menerusi facebook group ataupun chat. Topik yang perlu kami lakukan masih lagi topik yang sama iaitu Web 2.0 dalam Pembelajaran. Koordinator kursus, Dr. Siti Fatimah telah memberi beberapa panduan untuk membuat kajian tentang soal selidik yang akan kami jalankan seperti :


Kami perlu menyediakan 10 soalan ringkas yang terdiri daripada tujuan dan objektif pembelajaran. Melalui tujuan dan objektif pembelajaran maka saya dan pasangan telah menyediakan 10 soalan untuk dijadikan sebagai soalan kaji selidik.

Perkara yang perlu dilakukan untuk mendaftar masuk survey monkey ialah menerusi laman sesawang www.surveymonkey.com Di halaman survey monkey kita boleh membuat soalan untuk dijadikan kajian untuk tugasan yang diberikan.
                                                 

                                        


Setelah soalan soal selidik telah siap maka kami haruslah meminta rakan-rakan untuk menjawab dan memberi komen terhadap hasil kerja kami.

soal selidik perlu dimasukkan dalam Google.docs

add link  borang soal selidik di yahoogroups

No comments:

Post a Comment