Thursday, 6 October 2011

Minggu 4 (Hari ke-3 Comp in Edu~~)

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Hari ini saya didedahkan dengan penggunaan google document. Sebelum ini tidak pernah digunakan dan tidak pernah tahu macamana hendak menggunakannya. Google document sangat menarik dan senang untuk kita gunakan, sekiranya kita lupa membawa pendrive or hard disk untuk menyimpan maklumat yang dicari atau ditaip kita boleh guna google document. Segala maklumat yang ditaip akan disimpan secara automatik. Kita boleh membuka google document dimana-mana sahaja.

Hari ini juga merupakan due date untuk kami submit tugasan 1, kami harus berbincang melalui facebook group tentang tajuk yang kami pilih untuk tugasan 1. Tugasan Web 2.0 dalam Pendidikan sangat menarik untuk diterokai. Selama ini kita hanya tahu menggunakan tanpa menyedari bahawa segala yang kita kongsi melalui internet merupakan aplikasi Web 2.0.

WEB 2.0 DALAM PENDIDIKAN

Web ini boleh menghubungkan para pelajar dengan pembelajaran maya. Selain itu, para pelajar boleh berhubung dan menyebarkan maklumat, saling berkongsi dan saling mengendalikan pembelajaran melalui web 2.0. Era web 2.0 merupakan platform yang menunjukkan satu kemajuan dalam dunia internet dalam menyampaikan informasi serta menjadi rangkaian yang mampu dijalankan melalui internet. Web 2.0 merupakan satu ruang yang interaktif, dinamik dan fleksibel dimana pengguna boleh menyesuaikan kehendak dan idea mereka seiring dengan fungsi yang terdapat dalam web 2.0. Ini bermakna pengguna bukan sahaja sebagai pengunjung malah turut menjadi pemilik kepada web 2.0 tersebut. Di samping itu, web 2.0 juga bersifat mesra pengguna kerana ia memudahkan sesiapa sahaja yang menggunakannya kerana ia mengandungi ciri-ciri 'apa yang anda lihat adalah apa yang anda dapat. Contoh web 2.0 yang boleh para pelajar gunakan ialah melalui blog, facebook, wiki, youtube dan sebagainya yang berkaitan.






No comments:

Post a Comment