Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,
Minggu pertama adalah minggu pendaftaran untuk kursus. Minggu pertama kami tidak masuk kelas kerana menguruskan urusan pendaftaran.
Minggu kedua hari pertama kelas Komputer dalam Pendidikan (22 September 2011), saya mempelajari membuat emel yahoo dan gmail secara beretika, macamana nak buat 'signature email', username facebook, yahoogroups dan lain-lain. Pasangan saya untuk kursus ini ialah Zuraida Binti Zainuddin dan sepanjang kursus ini saya akan membuat tugasan yang diberikan dengan pasangan saya ini. Saya juga telah merujuk kawan-kawan yang lain untuk menyiapkan tugasan yang pertama ini, tambahan lagi cara-cara hendak membuat blog, ini adalah kali pertama saya membuat blog dan masih tidak biasa serta banyak benda lagi yang harus dipelajari. Harap-harap kawan-kawan tidak akan jemu membantu saya. Saya ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi membantu. Tidak ada yang mustahil sekiranya kita rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa.
insyaallah...semuanya akan sentiasa berjalan lancar, semoga dipermudahkan untuk mempelajari sesuatu yang baru...
MINGGU KEDUA (HARI PERTAMA KELAS)
Pada hari pertama kami telah diberi pengenalan mengenai Komputer dalam Pendidikan oleh penyelaras program Komputer dalam Pendidikan iaitu Dr. Siti Fatimah Binti Mohd Yasin. Pensyarah kursus untuk kelas S1K4 adalah Puan Norhafizah Binti Adnan. Dr.Siti Fatimah menerangkan tentang proforma kursus dan kami perlu mengikut proforma yang telah ditetapkan untuk menyiapkan tugasan.
- Daftar emel rasmi untuk:
- yahoo mail
- google mail
*setiap akaun emel perlu meletakkan tandatangan @ "signature" seperti nama penuh, program, fakulti, institut, nombor telefon, emel yahoo, emel google, url facebook, url facebook group, url blog dan url yahoo group. Pautan mestilah betul dan berfungsi. Selain itu, moderator telah mengajar untuk menghantar emel secara beretika kepada sesiapa sahaja sebagai melambangkan seorang guru pelatih.
2. Daftar Akaun Facebook rasmi.
- Add rakan sekelas, pensyarah kursus dan penyelaras kursus.
- Harus menggunakan etika yang betul sebelum add seperti perkenalkan diri.
- Daftar akaun facebook group.
- URL Facebook / Facebook Group
http://www.facebook.com/groups/a136354s1k4AznuriAdanan.Khas
3. Daftar Yahoo group
- Pelawa rakan sekelas, pensyarah dan penyelaras kursus.
4. Blog - Daftar blog rasmi.
- Menulis bagaimana sesuatu perkara dilakukan sebagai rujukan akan datang.