Friday, 30 September 2011

Minggu 3 - Second Class

29 September 2011, kelas pada kali ini kami diberikan tugasan untuk membuat assignment secara berkumpulan. Tengok tajuk tugasan yang diberikan agak pening kami untuk membuat keputusan, kebanyakan  nya rasa macam susah tapi kami tidak boleh mengalah dan harus membuat pilihan. Akhirnya, 'Web 2.0 in Education' menjadi pilihan.


LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS)

APA?

Sistem Pengurusan Pembelajaran atau lebih dikenali Leearning Management System adalah satu perisian untuk keperluan pentadbiran, dokumentasi, laporan sesebuah kegiatan, proses pengajaran dan pembelajaran melalui secara online (melalui internet). Seperti yang sedia maklum Universiti Kebangsaan Malaysia menggunakan kaedah Sistem Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Interaktif (SPIN) untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah-pensyarah kursus menyampaikan sesuatu perkara melalui SPIN. Para pelajar perlu sentiasa peka terhadap penggunaan SPIN supaya tidak ketinggalan akan maklumat yang disampaikan oleh pensyarah-pensyarah dari semasa ke semasa.


KENAPA?


SPIN telah digunakan di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk memudahkan proses P&P (Pengajaran dan Pembelajaran). Sistem ini digunakan untuk pendidik dan pelajar mengurus dan mentadbir proses pembelajaran itu sendiri. Selaras dengan kepesatan dan kemajuan ICT pada masa kini telah memudahkan dan memberi warga pendidik dan pelajar untuk meneroka teknologi komputer dengan lebih terperinci.


DIMANA?


Selalunya, Sistem Pengurusan Pembelajaran ini digunakan di Institusi Pengajian Tinggi untuk pendaftaran kursus, mengemaskini data, maklumat pelajar dan lain-lain maklumat yang berkaitan. LMS juga digunakan oleh pihak-pihak pengurusan yang lain untuk mentadbir sesebuah organisasi.

SIAPA?

Pendidik akan menggunakan sistem pengurusan pembelajaran (LMS) atau lebih dikenali sebagai SPIN (Sistem Pengurusan dan Pembelajaran Interaktif) untuk memudahkan menyemak tugasan-tugasan pelajar dan memberi maklumat-maklumat penting kepada para pelajar. Pelajar juga menggunakan sistem ini untuk menghantar tugasan yang diberikan.



BAGAIMANA?



Cara-cara untuk menggunakan Sistem Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Interaktif (SPIN) adalah para pengguna perlu mendaftar masuk terlebih dahulu untuk mendapatkan kata laluan dan mengaktifkan penggunaan. Pengguna perlu memasukkan alamat emel untuk mendapatkan kata laluan. Pelajar boleh memuat turun nota-nota kuliah dan tutorial yang diberikan oleh pensyarah dan membaca pengumuman dari pensyarah-pensyarah.



KELEBIHAN MENGGUNAKAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN
  1. Pelajar tidak lagi mempunyai alasan untuk mengatakan "saya tidak tahu apa-apa" dan "tiada siapa yang memaklumkan kepada saya" kerana sistem ini SPIN adalah secara online 24 jam.
  2. Pensyarah dapat menyampaikan maklumat terkini dengan lebih cepat tanpa bersemuka dengan pelajar terlebih dahulu. Oleh itu, pelajar akan mendapat maklumat dengan lebih cepat untuk dijadikan rujukan pembelajaran.
  3. Tugasan pelajar boleh dihantar menerusi SPIN dan pensyarah boleh mengetahui jumlah pelajar yang telah menghantar tugasan yang diberikan.
  4. Pelajar boleh memuat turun nota-nota kuliah dan tutorial yang diberikan oleh pensyarah.
SENARAI PERISIAN SUMBER TERBUKA
  1. Mozilla Firefox - Web browsing
  2. Miro - Video Player
  3. Pidgin - Instant Message
  4. SkipScreen - Download helpers
  5. Cabos - Peer-to-peer filesharing
  6. Mozilla Thunderbird - E-mail
  7. GIMP - Photo editing

Monday, 26 September 2011

Minggu 1 & 2 - fuhh!!~~~first time

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Minggu pertama adalah minggu pendaftaran untuk kursus. Minggu pertama kami tidak masuk kelas kerana menguruskan urusan pendaftaran.

Minggu kedua hari pertama kelas Komputer dalam Pendidikan (22 September 2011), saya mempelajari membuat emel yahoo dan gmail secara beretika, macamana nak buat 'signature email', username facebook, yahoogroups dan lain-lain. Pasangan saya untuk kursus ini ialah Zuraida Binti Zainuddin dan sepanjang kursus ini saya akan membuat tugasan yang diberikan dengan pasangan saya ini. Saya juga telah merujuk kawan-kawan yang lain untuk menyiapkan tugasan yang pertama ini, tambahan lagi cara-cara hendak membuat blog, ini adalah kali pertama saya membuat blog dan masih tidak biasa serta banyak benda lagi yang harus dipelajari. Harap-harap kawan-kawan tidak akan jemu membantu saya. Saya ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi membantu. Tidak ada yang mustahil sekiranya kita rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa.


insyaallah...semuanya akan sentiasa berjalan lancar, semoga dipermudahkan untuk mempelajari sesuatu yang baru...

MINGGU KEDUA (HARI PERTAMA KELAS)

Pada hari pertama kami telah diberi pengenalan mengenai Komputer dalam Pendidikan oleh penyelaras program Komputer dalam Pendidikan iaitu Dr. Siti Fatimah Binti Mohd Yasin. Pensyarah kursus untuk kelas S1K4 adalah Puan Norhafizah Binti Adnan. Dr.Siti Fatimah menerangkan tentang proforma kursus dan kami perlu mengikut proforma yang telah ditetapkan untuk menyiapkan tugasan.


  1. Daftar emel rasmi untuk:
  • yahoo mail    
aznuri.adanan@yahoo.com
  • google mail  
aznuri.adanan@gmail.com
    *setiap akaun emel perlu meletakkan tandatangan @ "signature" seperti nama penuh, program, fakulti, institut, nombor telefon, emel yahoo, emel google, url facebook, url facebook group, url blog dan url yahoo group. Pautan mestilah betul dan berfungsi. Selain itu, moderator telah mengajar untuk menghantar emel secara beretika kepada sesiapa sahaja sebagai melambangkan seorang guru pelatih.
         2. Daftar Akaun Facebook rasmi.

    • Add rakan sekelas, pensyarah kursus dan penyelaras kursus.
    • Harus menggunakan etika yang betul sebelum add seperti perkenalkan diri.
    • Daftar akaun facebook group.
    • URL Facebook / Facebook Group
    http://www.facebook.com/aznuriadanan89
    http://www.facebook.com/groups/a136354s1k4AznuriAdanan.Khas

           3. Daftar Yahoo group
      • Pelawa rakan sekelas, pensyarah dan penyelaras kursus.
      http://groups.yahoo.com/group/A136354s1k4AznuriAdanan-Khas

              4. Blog - Daftar blog rasmi.

        • Menulis bagaimana sesuatu perkara dilakukan sebagai rujukan akan datang.
        http://a136354s1k4aznuriadanan-khas.blogspot.com